Friday, October 22, 2010

Apa beza Handphone ORI & AP ?


Salam usahawan
buat anda semua..ape khabar? lame betul saya x update blog nih. macam2 keje nak kene wat. Untuk pengetahuan semua saya merupakan Full time Student dalam bidang Perkapalan di UniKL MIMET. dalam masa yang sama saya nak kene handle 3 company (1 family biz, 2 own company) & kelab di kampus. So, masa tuh faham2 la memang x cukup punye..mengalahkan PM haha :)

Baik, sekian lama menyepi tibe-tibe pas study Seakeeping & Maneuvering (subjek test sok hehe) rase nak update blog ni. ok, sebagai pemanas topik hari saya nak bagi tips apa beza henpon original dan AP. Mesti ramai yang kurang arif dalam term2 nih.

Sebenarnya beza ketara antara ORI & Authorize Personal (AP) adalah WARANTI nya. selalu nya kadar tempoh waranti untuk ORI selama 12 bulan manakala AP 18 bulan (depend kedai). Berikut adalah senarai pengedar ORI handphone :

# Zitron
# Telstar
# Avaxx
# Mid Land

Company diatas bertanggungjawab mengedar handphone original dan waranti pun diganti ngn spare part ORIGINAL. Berbeza dengan Authorize Personal (AP) , henpon yang rosak akan diganti dengan spare part BERGANTUNG BUDI BICARA kedai handphone yang anda beli. Maksudnya kita x pasti sama ada spare part yang diganti itu adalah original atau pun low grade. selalu nya kedai akan ganti part Grade AAA (china).sebab nya murah. So boleh dikatakan condition handphone ORI & AP adalah SAMA. cuma dari segi WARANTI sahaja.

Macam mane skang? dapat skit tips dan info tentang ORI & AP. saya harap entri ni dapat beri guideline kepada mereka yang ingin beli handphone baru. Pengalaman saya dalam bidang telekomunikasi nih ,kebanyakannya masyarakat umum tidak mengetahui info tentang ORI & AP. Sebarang pertanyaan / kongsi pendapat boleh lah komen dibawah. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...